KUALA LUMPUR, 21 Jun — Para pengunjung mahupun pengiat seni hadir bagi melihat sebahagian pameran karya seni visual pada Pembukaan Semula Balai Seni Negara hari ini.
Balai Seni Negara, galeri ikonik tarikan pelancongan negara kini dibuka semula bermula hari ini selepas ditutup dua tahun bagi memberi laluan untuk kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian sejak Ogos 2020.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek naik taraf dan pengubahsuaian dengan peruntukan sebanyak RM4 juta yang disalurkan kementeriannya itu siap sepenuhnya Mac lepas.
–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
